10.10.11

Oktober 10th 2010 (Sekadar Peringatan)


mengingati semula apa yang berlaku tahun lepas ..

tragedi 10 Oktober 2010 yang rasanya ramai dah lupa pasal kemalangan ngeri ini , tapi bagi aku tidak. aku sebenarnya cuba nak lupakan pasal kejadian ini , tetapi aku seperti terpanggil untuk bagi sikit info.

-dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau,

1.Saksi cakap bas dipandu laju . wallahualam .tapi kalau ikutkan bas ekspress memang tak boleh guna laluan paling kanan kan?tapi dalam kes ni, bas ni dipandu laju dan didakwa melebihi had laju.
2.Cuaca baik masa kemalangan . Belum gelap lagi , tapi aku tak sure la bila masanya benda ni berlaku, sekitar 6.40 petang (dari sumber yang dipercayai)
3.Bas baru . No Plate WQM 7333 didaftarkan tahun 2007 , so bas ni baru 3 tahun dan selalu diperiksa di PUSPAKOM .
4.Mendiang driver Delima nie takde rekod saman & syarikat bas takde masalah pasal lesen or ape2 yang berkaitan undang2 jalan raya .
5.Ada dakwaan mengatakan kawasan kemalangan adalah kawasan angin lintang . aku tak boleh la nak cakap apa pasal aku tak pernah lalu kawasan ni
6.Selepas kejadian ini , banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan kemalangan seperti Bas persiaran masuk longkang dan Bas Transnasional nyaris masuk gaung (pergi check sendiri, aku tak jumpa 2 artikel ni :) )

Genap setahun kemalangan ni berlaku , aku just harap takde lagi la kemalangan seumpama ni berlaku lagi . tapi takdir Allah siapa yang tahu .

*aku nak kongsi sikit dengan korang semua , pada malam 29th Oktober 2010 , sekitar jam 2:30 pagi (19 hari selepas tragedi ini , paklong aku pergi menghadap illahi) aku bermimpi salah seorang mangsa kemalangan ngeri itu , tak silap aku namanya S(aku terpaksa rahsiakan namanya demi menjaga hati keluarga Allahyarham) datang dalam mimpi aku dan Arwah ada memberitahu aku bahawa dia ingin sekali meminta maaf pada ibubapanya, dan berpesan pada aku supaya tolong beritahu pada ibubapanya yang dia bahagia di alam sana . aku ceritakan pada mama,dan mama nasihatkan sedekah Al-Fatihah pada arwah

dan kalau aku teringat pada arwah ,automatik aku terdengar lagu Kamikaze bertajuk Luhur . ada lirik dia yang membuatkan aku rasa sebak bila terbayang saat arwah menghembuskan nafas terakhirnya dalam bas ekspress tu . :(

"Singkap kembali detik akhir bersama,
Linangan air mata ku menitis,
Dalam pelukan dakapan yang terakhir,
Mengalir darah membasahi bumi,
Pergi yang tak kembali untuk selamanya
Segar indah namamu di hatiku,

Sayu dan pilu bermain di jiwaku,
hilangmu kini tiada pengganti,
Hanya namamu tersemat di kalbuku ,
menjadi satu kenangan abadi"

Al-Fatihah pada kamu Allahyarham S , dan Al-Fatihah juga pada semua mangsa yang beragama Islam yang terkorban dalam nahas tersebut .

AL-FATIHAH ..

No comments:

Post a Comment