5.6.12

Al-Fatihah buat Yasmin J Hunwick

Assalamualaikum , bertemu kembali di blog aku ni . actually nak buat balik blog ni sebab aku rasa perlu di update selalu . almaklumlah aku ni pemalas sikit haha .

Ok kita terus ke topik .

Allahyarham Yasmin binti Johan (22 Februari 1995-3 Jun 2012) , adalah anak sulung Uncle Johan dan Aunty Sazlina .sangat cemerlang disekolahnya,(*ini aku ambil serba sedikit dari blogger2 yang lain) .

*sedih*

aku sebenarnya memang tak kenal arwah ni , tapi lepas aku dapat satu update dari kawan aku Aida yang mengatakan arwah pergi ke rahmatullah pada 3 Jun 2012 jam 11:50 malam, aku rasa macam nak sangat tau kenapa nama arwah trending di Twitter , mulanya aku ingat artis , rupanya arwah seorang blogger mcm aku jugak , arwah baru je meninggal masa tu .

so start dari hari aku dapat tahu tu . setiap hari aku panjatkan doa buat arwah semoga rohnya dicucuri rahmat. Yasmin , walaupun awak dah tiada lagi di dunia ini dan awak tak pernah kenal saya dan saya tak pernah kenal awak , saya berjanji saya tidak akan pernah lupa mendoakan kesejahteraan awak disana. apabila saya menaiki motosikal saya . saya selalu teringatkan awak dan saya berjanji akan menunggang dengan cermat . dan insyallah jika ada kelapangan , saya akan menziarahi pusara awak di langkawi .

Al-fatihah buatmu,

Salam .

Muhammad Izzwan
5 June 2012
2:27 Am

2 comments:

  1. Salam Muhammad Izzwan, Ini mama dan papa arwah (Sazlina/Johan) Kami terasa terharu sangat atas ingatan, doa dan janji Izzwan. Apa lagi yang kami boleh minta selain dari apa yg Izzwan comment dalam blog tentang arwah. Jika ingin ke Langkawi untuk menziarahi tempat persemadian arwah, sila la hubungi Aunty Sazlina Shahriman Shah melalui facebook. Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam aunty ,jika diizinkan Allah, saya akan ke Langkawi dalam masa terdekat ni..pada saat saya menaip ini,saya terbayang arwah yasmin..

      Delete