28.8.13

Yasmin..you've changed me.

Assalamualaikum wbt .

Sekian lama aku tidak menulis blog . dan nukilan ini aku dedicatekan untuk Allahyarhamah Yasmin J Hunwick .




Ini ialah pemandangan matahari terbit dari bilik arwah pada jam 8 pagi . Arwah sungguh bertuah kerana apabila beliau membuka mata dan melihat dari tingkap, beliau dapat melihat keindahan yang diciptakan Allah.Suasana di bilik arwah sememangnya sangat aman .


Aku turun ke ruang tamu dan aku terlihat piano peninggalan arwah,dengan not lagu diletakkan di atasnya , aku terbayang arwah memainkan lagu 21 Guns oleh Green Day.serta merta air mataku tumpah membayangkan alunan muzik dari pianonya.Aku juga dapat bermain piano tersebut.Sememangnya lagu² yang dimainkan dan direkodkan arwah dalam piano ini sangat susah dimainkan bagi pemain piano bertaraf beginner seperti aku.Ternyata arwah sangat Multitalented.

Dan pada hari Jumaat ,seperti biasa aku menunaikan solat Jumaat cuma kali ini aku ditemani oleh adik arwah iaitu Zharif,aku sangat tertarik pada tulisan ayat-ayat Al-Quran di kubah Masjid Aishah,sangat aman dan tenang,bagaikan ada sesuatu yang menusuk kalbuku ini.Usai menunaikan solat,aku dan Zharif menunggu Mama Saz dan Kak Alia.Kami berempat pergi menziarahi persemadian seorang yang menjadi inspirasiku sehingga kini,Yasmin . :') 

   

Disinilah bersemadinya puteri kepada papa Johan Eusoffe dan Mama Sazlina .8 kuntuman bunga itu mewakili papa,mama,Muiz,Zharif,Ayesha,kak Alia dan juga diriku..She's the reason why i came to Langkawi.

Petang itu di pantai berhadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi,aku,Ayesha,Mama Saz,kak Alia dan Zharif berjalan-jalan dan aku lihat Ayesha dan Zharif sedang melukis sesuatu di pasir dan aku mula mendapat idea untuk menulis nama Yasmin..sesungguhnya aku amat merinduinya..


Mama Saz,Zharif dan Ayesha di samping nama arwah :) 
Sekembalinya aku dari Langkawi , aku telah mendapat sesuatu , sesuatu yang mengubah diri aku untuk selamanya, aku ingin kembali ke jalan-Nya.setelah 24 tahun aku hidup di bumi Allah ini,inilah pertama kali aku merasakan apa itu kasih sayang,kerinduan dan cinta terhadap Allah,dan kerana Yasmin , aku berubah tapi kali ini untuk selamanya.

Dia mungkin telah pergi ,tetapi tidak dilupakan .dan jika satu hari nanti ada orang yang bertanya , siapakah yang mengubah diriku,aku tersenyum dan berkata "Yasmin J Hunwick" :) Al-Fatihah Along..Semoga rohmu sentiasa di cucuri rahmatnya . Amin Ya-Rabbal Alamin

P/S: pada kawan-kawan blogger ku,jika kita ingin berubah,ubahlah dengan sepenuh hati,InsyaAllah kita akan mendapat hidayahNya . Amin :) 
#Credit gambar : kak Alia Asyila & Territory Yasmin J Hunwick 

3 comments:

  1. assalamualaikum . cuma nak perbetulkan . sebenarnya yang merubah diri awak adalah allah s.w.t . di atas kehendaknye , dia membuka pintu hati awak untuk berubah . arwah adalah sebagai perantaraan . sepatutnya berterima kasih kepada allah . syukur atas kasih sayang yg telah di tunjukkan . maaf andai tersilap kata .

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam . ya yasmin adalah perantaraan . maaf jika ada yang tersalah faham :)

    ReplyDelete
  3. Masih pergi melawat ke Langkawi? Saya harap saya dapat pergi sana nanti

    - storyinmywall.blogspot.com -

    ReplyDelete