2.7.13

I Miss You Bestfriend

Assalamualaikum..

   Hari ni , genap hampir setahun 6 bulan kita tak berkomunikasi , kau tahu tak yang aku sangat rindukan kau . ingat lagi 5 tahun lepas . bulan Mac 2008 kita start kenal satu sama lain . masa mula2 bersahabat aku bahasakan diri aku 'Saya' dan kau 'Anda' . Julai 2008 baru kita meet.. gambar yang aku cuci tu masih ada lagi dalam simpanan aku . tu la 1st pic kita berdua . masa tu aku selekeh gila .. aku tau kau mesti tak ingat dah kot..yelah benda dah lama kan . banyak benda kita share sama2 even kita bukanlah sejantina , tapi kita faham satu sama lain kan..masa kau pergi PLKN , aku rasa kehilangan.. sungguh..dan aku masih ingat lagi bila kau cakap kau nak bertudung, mula2 aku terkejut tapi aku support kau dari belakang . masa aku susah hati kau hiburkan aku dengan lawak2 tak boleh blah kau ,dan begitulah sebaliknya.Kau paling pantang kalau orang masuk campur hal kau time kau tengah gaduh dgn BF kau..aku cukup faham..sebab aku pernah kena.. haha.

  Ramai suka aku bersahabat dengan kau dan aku tahu ramai jugak yang tak berapa suka..adatlah manusia,tapi kau harus tau sampai ke hari ini aku masih sayangkan kau sebagai kawan baik aku . Selamanya.
masa aku ditimpa kesusahan(kes samun 2009), kau yang naikkan semangat aku balik dengan kata2 motivasi dan cakap "jangan takut dah tak ada apa² lah idz" . aku suka panggil kau Katek .. sampai nak buat grup Cartique lagi . hehehe . 

  Kau juga tak banyak kerenah bila aku ajak pergi mana²..even Mak(kau kan suka panggil mak aku nama tu) pun siap cakap "Tulah bakal menantu mama" .haha aku cakap tak mungkin sebab kau dah ada BF . 

  Tapi biasalah langit tak selalu cerah,begitu jugalah dengan persahabatan kita .Last kita jumpa 26/8/2011. itu lah kali terakhir aku jumpa kau ..macam ironi sebab pertemuan pertama kita kat Times Square dan pertemuan akhir kita jugak di Times Square .  .salah faham kita bermula lepas hari raya 2011 kau ajak aku pergi open house rumah kau tapi aku kena kerja, start dari itu kau seperti menjauhkan diri dari aku ..lepas tu ada kata² belakang yang kata aku memburukkan kau , Sumpah aku tak pernah memburukkan kau even sedikit pun..mungkin aku terlepas kata tapi biasalah manusia tak terlepas dari kesilapan .. aku tahu kau tak salah dalam hal ni .semua ni mungkin berpunca dari aku..tapi aku rasa sedih sebab kau tak pernah bagi aku peluang utk explain segalanya . persahabatan kita menemui titik noktah pada Januari 2012 . dan sejak itu aku lost contact dengan kau ..kau tahu tak , selepas kita putus sahabat .aku dapat motosikal dan kerja yang bagus serta aku dah ada girlfriend yang menyayangi aku seadanya(ya benda ni selalu aku cakap kat kau tapi semua tak ada kan..) bagi aku . kau lah satu-satunya kawan yang paling baik pernah aku ada selama ini..
   
  Jika aku ada buat salah ..sila lah contact aku.. aku perlukan kemaafan dari kau..sebelum aku menemui penciptaku..mahukah kau membiarkan aku terus merana seperti ini.?setahun 6bulan tu cukup lama .. 

 Akhir kata dari aku ..


    *lagu ini aku selalu pasang bila aku teringatkan kau..*


3 comments:

  1. Aku srbagai on behalf dia mebgerti keadaan kau...ada jodoh akan bertemu jugak kau ngan dia...by the way sori k idz ngan apa dah jadi...dia selamat ngan aku disisinya

    ReplyDelete
  2. Aku tahu sebagai seorang lelaki dan juga pernah jadi kawan dia selama hampir 4 tahun . aku bersyukur kenal Khalidah . dia banyak ajar aku tentang kehidupan kat KL . sebab masa tu aku hanya ada seorang je kawan baik iaitu dia . aku sayang dia sangat2 . sebab tu masa kehilangan dia aku rasa separuh dari nyawa aku hilang.. tapi pernah ke dia fikir ape yang dia buat ni ? aku rasa lost, seriously lost .

    ReplyDelete
  3. It was just like . Wow . cepatnya arwah pergi . Ya Allah , tempatkanlah arwah bersama orang2 yang beriman . Aaaaameen . <3

    ReplyDelete