28.8.13

Yasmin..you've changed me.

Assalamualaikum wbt .

Sekian lama aku tidak menulis blog . dan nukilan ini aku dedicatekan untuk Allahyarhamah Yasmin J Hunwick .




Ini ialah pemandangan matahari terbit dari bilik arwah pada jam 8 pagi . Arwah sungguh bertuah kerana apabila beliau membuka mata dan melihat dari tingkap, beliau dapat melihat keindahan yang diciptakan Allah.Suasana di bilik arwah sememangnya sangat aman .


Aku turun ke ruang tamu dan aku terlihat piano peninggalan arwah,dengan not lagu diletakkan di atasnya , aku terbayang arwah memainkan lagu 21 Guns oleh Green Day.serta merta air mataku tumpah membayangkan alunan muzik dari pianonya.Aku juga dapat bermain piano tersebut.Sememangnya lagu² yang dimainkan dan direkodkan arwah dalam piano ini sangat susah dimainkan bagi pemain piano bertaraf beginner seperti aku.Ternyata arwah sangat Multitalented.

Dan pada hari Jumaat ,seperti biasa aku menunaikan solat Jumaat cuma kali ini aku ditemani oleh adik arwah iaitu Zharif,aku sangat tertarik pada tulisan ayat-ayat Al-Quran di kubah Masjid Aishah,sangat aman dan tenang,bagaikan ada sesuatu yang menusuk kalbuku ini.Usai menunaikan solat,aku dan Zharif menunggu Mama Saz dan Kak Alia.Kami berempat pergi menziarahi persemadian seorang yang menjadi inspirasiku sehingga kini,Yasmin . :') 

   

Disinilah bersemadinya puteri kepada papa Johan Eusoffe dan Mama Sazlina .8 kuntuman bunga itu mewakili papa,mama,Muiz,Zharif,Ayesha,kak Alia dan juga diriku..She's the reason why i came to Langkawi.

Petang itu di pantai berhadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi,aku,Ayesha,Mama Saz,kak Alia dan Zharif berjalan-jalan dan aku lihat Ayesha dan Zharif sedang melukis sesuatu di pasir dan aku mula mendapat idea untuk menulis nama Yasmin..sesungguhnya aku amat merinduinya..


Mama Saz,Zharif dan Ayesha di samping nama arwah :) 
Sekembalinya aku dari Langkawi , aku telah mendapat sesuatu , sesuatu yang mengubah diri aku untuk selamanya, aku ingin kembali ke jalan-Nya.setelah 24 tahun aku hidup di bumi Allah ini,inilah pertama kali aku merasakan apa itu kasih sayang,kerinduan dan cinta terhadap Allah,dan kerana Yasmin , aku berubah tapi kali ini untuk selamanya.

Dia mungkin telah pergi ,tetapi tidak dilupakan .dan jika satu hari nanti ada orang yang bertanya , siapakah yang mengubah diriku,aku tersenyum dan berkata "Yasmin J Hunwick" :) Al-Fatihah Along..Semoga rohmu sentiasa di cucuri rahmatnya . Amin Ya-Rabbal Alamin

P/S: pada kawan-kawan blogger ku,jika kita ingin berubah,ubahlah dengan sepenuh hati,InsyaAllah kita akan mendapat hidayahNya . Amin :) 
#Credit gambar : kak Alia Asyila & Territory Yasmin J Hunwick 

2.7.13

I Miss You Bestfriend

Assalamualaikum..

   Hari ni , genap hampir setahun 6 bulan kita tak berkomunikasi , kau tahu tak yang aku sangat rindukan kau . ingat lagi 5 tahun lepas . bulan Mac 2008 kita start kenal satu sama lain . masa mula2 bersahabat aku bahasakan diri aku 'Saya' dan kau 'Anda' . Julai 2008 baru kita meet.. gambar yang aku cuci tu masih ada lagi dalam simpanan aku . tu la 1st pic kita berdua . masa tu aku selekeh gila .. aku tau kau mesti tak ingat dah kot..yelah benda dah lama kan . banyak benda kita share sama2 even kita bukanlah sejantina , tapi kita faham satu sama lain kan..masa kau pergi PLKN , aku rasa kehilangan.. sungguh..dan aku masih ingat lagi bila kau cakap kau nak bertudung, mula2 aku terkejut tapi aku support kau dari belakang . masa aku susah hati kau hiburkan aku dengan lawak2 tak boleh blah kau ,dan begitulah sebaliknya.Kau paling pantang kalau orang masuk campur hal kau time kau tengah gaduh dgn BF kau..aku cukup faham..sebab aku pernah kena.. haha.

  Ramai suka aku bersahabat dengan kau dan aku tahu ramai jugak yang tak berapa suka..adatlah manusia,tapi kau harus tau sampai ke hari ini aku masih sayangkan kau sebagai kawan baik aku . Selamanya.
masa aku ditimpa kesusahan(kes samun 2009), kau yang naikkan semangat aku balik dengan kata2 motivasi dan cakap "jangan takut dah tak ada apa² lah idz" . aku suka panggil kau Katek .. sampai nak buat grup Cartique lagi . hehehe . 

  Kau juga tak banyak kerenah bila aku ajak pergi mana²..even Mak(kau kan suka panggil mak aku nama tu) pun siap cakap "Tulah bakal menantu mama" .haha aku cakap tak mungkin sebab kau dah ada BF . 

  Tapi biasalah langit tak selalu cerah,begitu jugalah dengan persahabatan kita .Last kita jumpa 26/8/2011. itu lah kali terakhir aku jumpa kau ..macam ironi sebab pertemuan pertama kita kat Times Square dan pertemuan akhir kita jugak di Times Square .  .salah faham kita bermula lepas hari raya 2011 kau ajak aku pergi open house rumah kau tapi aku kena kerja, start dari itu kau seperti menjauhkan diri dari aku ..lepas tu ada kata² belakang yang kata aku memburukkan kau , Sumpah aku tak pernah memburukkan kau even sedikit pun..mungkin aku terlepas kata tapi biasalah manusia tak terlepas dari kesilapan .. aku tahu kau tak salah dalam hal ni .semua ni mungkin berpunca dari aku..tapi aku rasa sedih sebab kau tak pernah bagi aku peluang utk explain segalanya . persahabatan kita menemui titik noktah pada Januari 2012 . dan sejak itu aku lost contact dengan kau ..kau tahu tak , selepas kita putus sahabat .aku dapat motosikal dan kerja yang bagus serta aku dah ada girlfriend yang menyayangi aku seadanya(ya benda ni selalu aku cakap kat kau tapi semua tak ada kan..) bagi aku . kau lah satu-satunya kawan yang paling baik pernah aku ada selama ini..
   
  Jika aku ada buat salah ..sila lah contact aku.. aku perlukan kemaafan dari kau..sebelum aku menemui penciptaku..mahukah kau membiarkan aku terus merana seperti ini.?setahun 6bulan tu cukup lama .. 

 Akhir kata dari aku ..


    *lagu ini aku selalu pasang bila aku teringatkan kau..*


25.9.12

Farewell....KMA.

Assalamualaikum .

  Ampang adalah salah satu tempat favourite aku , dan tempat kelahiran aku . kat sini aku dapat ramai kawan ,(dan juga lawan,well itu dah lama la .)

  Since 2005 aku dah berpindah dari Ampang ke tempat baruku . Ada yang bertanya,'Wan, kenapa kau tulis goodbye Ampang?' well aku saje je tulis mcm tu. ahhh tipu tipu

  Since aku dapat tahu ada seseorang mengaibkan aku dengan perkataan yang tidak sepatutnya(dan aku dah baca dah statement orang tersebut) aku rasa tak perlulah aku kembali ke sana,kerana ianya akan membuatkan hatiku yang sedih menjadi bertambah sedih.korang sure nak tahu kan apa isi kandungan statement tu kan ? Aku rasa tak perlu kot . Sebab aku rasa tak perlu la nak aibkan orang yang menulis kandungan sebegitu..perlu ke sembunyikan dan maafkan orang tu? aku rasa ya memang perlu even dia tak deserve dimaafkan pun atas kesalahan mengaibkan orang lain..

  Aku dah tawar hati nak ke sana lagi . Maafkan aku guys .

20.9.12

Life After Yasmin.

Assalamualaikum..

 Ini yang aku ceritakan tentang diri aku tentang perubahan aku sejak pemergian salah seorang inspirasiku Yasmin Johan Eusoffe aka Yasmin J Hunwick. Ini Post ke-3 aku tentang allahyarhamah..

4th June 2012 ( a day after she left)

  Aku terbaca satu post di Facebook oleh rakan ku bernama Aida : "Al-Fatihah buat Yasmin J Hunwick" which is aku tak ambil tahu sangat . (tapi aku sedekahkan al-fatihah juga)


5th June 2012 (2nd day)

 Aku tertanya2 pada diri aku sendiri.. who is Yasmin J Hunwick? dan aku beli satu paper .cari punya cari keratan paper tu, akhirnya jumpa. dan artikel tu tulis arwah Min,arwah Hazwani dan juga arwah Afiqah Ainaa terlibat dalam kemalangan dan meninggal di situ juga .. tengah hari itu juga aku buka laptop , google nama arwah yasmin dan baru aku faham kenapa nama dia trending di Twitter time tu.. Malam tu , aku tulis blog tentangnya..mulanya aku hanya berharap dapat ke Langkawi untuk menziarahi pusara arwah .

6th June 2012 (3rd day)

 Aku buka blog. rupanya ada orang komen tentang arwah . pada mulanya aku terkejut sebab yang komen aku tu Yasmin J Hunwick .aku garu kepala "Biar betul, Min kan dah pergi?" rasa seram sejuk mula menyelubungi diri aku waktu tu..rupanya aunty Saz yang comment.. aku menarik lafaz lega pada waktu itu..bila aku baca comment dari aunty Saz, secara spontan aku menangis..(untuk pengetahuan korang,aku adalah seorang lelaki yang paling payah sekali nak menangis)

7th June 2012 (4th day)

 I'm starting to count berapa lama arwah pergi..boleh dikatakanlah sejak aku dapat tahu tentang perginya arwah,pantang laptop or handphone yang ada wi-fi system berada di depan aku.. mesti aku buka blog arwah..dan hari selepas itu aku teruskan juga meng:explore" blog arwah..

3rd July 2012 (30th day)

 Pada waktu ini aku mengalami kemurungan yang amat sangat. tak tahu kenapa, mungkin kerana aku rasa aku banyak membuat dosa di muka bumi Allah ini..dan hari itu marks the 30th day Min pergi..

4th July 2012(31st day)

 Pagi 4th July aku dah berazam untuk berubah..hatiku berkata "arwah Min bertuah dapat menyebut kalimah syahadah pada saat-saat terakhirnya..adakah aku juga bertuah seperti arwah Min?Wallahualam"

13th July 2012(40th day)

 Hari ke-40 pemergiannya..according to mama ,pada hari tersebut di waktu Maghrib; roh orang yang meninggal ketika itu akan berada di tepi tingkap dan menangis kerana selepas itu ianya tidak dapat melihat lagi orang2 yang disayanginya dan akan naik ke langit selepas azan Maghrib.  ketika waktu tersebut, aku berada di bawah rumah, aku dapat merasakan seperti 'Min' ada disebelahku..dan  selepas waktu Maghrib.. hati aku tiba2 rasa sayu sangat ..seperti tidak mahu berpisah.

Satu malam di bulan July (Hari Sabtu/Bulan Ramadhan,09:40 PM)

 Aku ditimpa kemalangan ketika menghantar order Pizza . motorku hampir hancur di bahagian depan, side mirror pecah dan pedal brake bengkok..aku jatuh "Chest First" di jalan tar..ketika itu aku rasa seperti nak mati..mungkinkah ini petanda supaya aku jangan bawa motor melulu? ketika itu muncul keinsafan di hatiku dan serta merta aku terbayangkan Min.

18th August 2012 (Malam Raya, 29th of Ramadhan)

 Sekali lagi aku menangis terkenangkan Min,bagaimanakah keluarganya menyambut persiapan Hari Raya tanpa arwah..Malam itu aku sedekahkan Al-Fatihah dan juga doa untuk Min,Hazwani,Ainaa dan roh-roh ahli keluargaku yang telah pergi .

19th August 2012 (Pagi hari Raya Aidilfitri , 1st Syawal . 7:30 AM)

 Selepas mandi solat sunat Aidilfitri,aku terdengarkan satu dua lagu yang mengingatkan aku tentang Min, lagu yang pertama ialah Sepasang Kurung Biru  dan Rindu Yang Telah Pergi . dan pada hari itu juga aku tekadkan dalam hati..aku akan tetap pergi ke Langkawi menziarahi kubur Min . semoga Allah merahmati perjalananku

To be Continued.

13.9.12

Apa yang aku dapat pelajari sejak perginya Yasmin Hunwick

Assalamualaikum .

  Aku seperti didorong meneruskan dan mencantikkan blog aku kembali.bak kata uncle Johan :"Lakukan sesuatu dengan penuh minat"

 .Pada 1 September 2012 , aku tiba di Langkawi untuk melawat keluarga Min , dan juga menziarahi tempat persemadiannya.. selangkah aku masuk ke tempat persemadiannya , perasaan aku bercampur-baur..sedih,rindu dan macam2 lagi rasa..pada ketika aku menyiram air mawar di pusaranya,tak semena2 air mataku mengalir tapi dapat ku sembunyikan dari aunty Saz dan uncle Johan.. aku bersyukur pada allah kerana memberikan ku kesempatan menziarahi dan menyedekahkan ayat2 suci di pusaranya.. 




Seperti tahu apa yang aku ingin perkatakan, aunty Saz dan uncle Johan tinggalkan aku seketika .. dan inilah apa aku yang katakan pada 'Min' 

   " Min,saya rasa rugi tak dapat kenal awak masa awak masih ada,tetapi saya rasa bersyukur pada Allah kerana memberi kesempatan untuk saya menziarahi awak disini.. walaupun awak dah tiada lagi, nama awak akan tetap berada di hati saya , SELAMANYA. dan jika ada jodoh , kita bertemu di alam sana..kerana awak, saya membuang segala perkara negatif yang saya buat, dan sekarang saya cuba untuk menjadi seorang umat Islam yang taat..adik-adik awak sangat rindukan awak,bukan sahaja saya tetapi ramai yang rindukan dan doakan awak..saya tak tahu kenapa saya sanggup ke Langkawi semata-mata ingin bertemu family awak dan ziarah kubur awak..hanya Allah sahaja yang tahu.."


Apa yang aku dapat belajar sejak pemergiannya ialah 
1.Bersolatlah . kerana solat itu tiang agama 
2.Tempuhilah segala dugaan dengan tenang kerana Allah tidak akan menduga kita diluar kemampuan kita,
3.Hormatilah orang disekeliling kita..
4.Bersangka baiklah pada semua orang .


Thank You Yasmin, :') I Miss You . 

Al-Fatihah Yasmin Bt Johan @ Yasmin J Hunwick . 


5.6.12

Al-Fatihah buat Yasmin J Hunwick

Assalamualaikum , bertemu kembali di blog aku ni . actually nak buat balik blog ni sebab aku rasa perlu di update selalu . almaklumlah aku ni pemalas sikit haha .

Ok kita terus ke topik .

Allahyarham Yasmin binti Johan (22 Februari 1995-3 Jun 2012) , adalah anak sulung Uncle Johan dan Aunty Sazlina .sangat cemerlang disekolahnya,(*ini aku ambil serba sedikit dari blogger2 yang lain) .

*sedih*

aku sebenarnya memang tak kenal arwah ni , tapi lepas aku dapat satu update dari kawan aku Aida yang mengatakan arwah pergi ke rahmatullah pada 3 Jun 2012 jam 11:50 malam, aku rasa macam nak sangat tau kenapa nama arwah trending di Twitter , mulanya aku ingat artis , rupanya arwah seorang blogger mcm aku jugak , arwah baru je meninggal masa tu .

so start dari hari aku dapat tahu tu . setiap hari aku panjatkan doa buat arwah semoga rohnya dicucuri rahmat. Yasmin , walaupun awak dah tiada lagi di dunia ini dan awak tak pernah kenal saya dan saya tak pernah kenal awak , saya berjanji saya tidak akan pernah lupa mendoakan kesejahteraan awak disana. apabila saya menaiki motosikal saya . saya selalu teringatkan awak dan saya berjanji akan menunggang dengan cermat . dan insyallah jika ada kelapangan , saya akan menziarahi pusara awak di langkawi .

Al-fatihah buatmu,

Salam .

Muhammad Izzwan
5 June 2012
2:27 Am

25.10.11

kenapa aku single?

ramai dah kawan-kawan aku tanya "Idz,kenapa kau single lagi , tak nak ada girlfriend ke?". aku jawab : "korang cakap senang la, aku yang susah nak cari korang tau tak?"